YOU ARE INVITED TO SIGN IN

Followers

Friday, April 10, 2009

VIVA SAHUT CABARAN 4 X 4


Jambatan ini pernah dipostkan oleh si Runsab dalam blognya beberapa minggu yang lepas sewaktu keadaannya belum setenat ini. Waktu ini, rakan-rakan perhatikanlah sendiri keadaanya. Terpaksalah cari alternatif lain untuk masuk sekolah ni. Terpaksa ikut jalan sungai.



Beginilah keadaan kereta Viva ini. Tersadai dan hanya memerlukan kesabaran dan teknik pemanduan. Jalan ini juga jarang sekali dilalui kenderaan,
dalam 2 jam belum pasti ada satu kenderaan yang lalu di sini untuk meminta sebarang bantuan.

Mungkin jarang anda saksikan kereta comel ini akan meredah jalan yang hanya layak dilalui oleh kenderaan pacuan 4 roda. Apa tah lagi kereta ini baru sehari dua keluar dari kedai.

Tapi ini realiti yang terpaksa dihadapi oleh guru-guru yang berkhidmat di SK. Kirunggo Telupid. Disebabkan jambatan yang tidak boleh dilalui oleh sebarang kenderaan, maka terpaksalah terjun ke sungai kereta Viva ini. Jika tak banjir, boleh lah lalu. Nasib time kawan ini lalu air sungai tak banjir. Dan akhirnya si comel ini berjaya juga mengatasi halangan ini.

Friday, April 3, 2009

BIRTHDAY TERSIMPLE

Lala tak pernah terfikir untuk menyambut birthday bersama kesibukan berkursus. Apapun banyak-banyak terima kasih kepada rakan-rakan sekursus yang begitu sporting dan supporting. Akhirnya dalam sibuk-sibuk berkursus pada 31.03. itu pada malamnya sempat lagi kawan-kawan raikan birthday Lala dalam bilik hotel. Heheee... tak kirala berapa orang yang ada...





Inilah aksi syok sendiri yang sempat dishooting oleh rakan-rakan time tu. Nampak sangat tak meriah tapi tak apa yang penting enjoy... kek yang ada nipun kek(cheese cake) yang termurah dan termudah juga.









Apapun keadaannya, Lala amat bersyukur kerana masih diberi ruang dan waktu untuk melakukan semua ini. Sekurang-kurangnya terlerai juga serba sedikit kekusutan minda dan keboringan selama berkursus seminggu ini.


Hanya inilah sahaja sebahagian dari rakan-rakan Lala yang ada waktu itu. Yang lain tu sibuk dengan hal tersendiri dan pastilah mengambil masa untuk beristirehat setelah sehari suntuk berkursus. Takpala yang penting mereka semuanya sporting.

TERIMA KASIH

Terima Kasih Tuhan....
Terima Kasih Ibu Yang Melahirkan..
Terima Kasih Waktu...
Terima Kasih Kesempatan..
Terima Kasih Peluang...
Terima Kasih Teman..
Terima Kasih Pembaca....
Terima Kasih Segalanya...

31 March...

Wednesday, March 18, 2009

TERIMA KASIH RAKAN BLOGGER

Pertama sekali Lala ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua rakan-rakan blogger yang sudi promote Album Lala dalam blog-blog mereka. Khasnya kepada si Ronney Ajim ( Bikin Panas ) blogger pertama bawa photo album Lala di halaman blognya selepas si Ocoi. Dan berjuta-juta penghargaan kepada Saudara Roland Pengerusi Keningau Forum yang sudi promote Album dan lagu-lagu Lala dalam halaman Blog Keningau Forum. Kepada semua rakan-rakan blogger yang penuh sporting dan supporting seperti
Bro. Badadang(macam mana ni momis tiwou) , Malaikat Sesat MS, Kandawai, Williborn, Hacks(orang kuat Keningau Forum juga ni), LadyInRed, Miss-Gunic(Nakal ni c Miss-Gunic, tapi dia nice), Beb, Tabasan FC, adiputra, Rudai@Rudaini ,Joan (DJ siaran murut..mari kita cari uncle c Joan yang hilang 20tahun yang lalu), Azroy(DJ siaran BM..... ayuh kita ispiking Bajau), Kulut@ Lulu, Julajuli dan (semua team Keningau Forum), Kong Kengkaru de Horizon(yang tak pernah putus2 melawat rumah blog c lala..hebat c Kong) ,
Akie Sabahan Music(selalu 221 ni ...kemanakan kamu menghilang khabar ni Akie)., D.LSumunie(Peace), SanPiasau(Peace),
Oiga@Ornest(bagus2 karaja d Tuarid Taud kio), Molly @ Qolo(Mekap artis Lala) , Miss BB Simon Bukag(mekap artis dan special model c Lala), BennSimonBukag(Penyanyi pujaan c Lala) GaAd(My Evergreen Singer) ,AngelBear(Tahan lasak ni girl..kan Angel), Setuffo, Monso(MMS Studio), Xang2(Cute ni sumandak kacukan), SophisChu, Lumis @Olumis, Minsulod, Yoyo, Ronn(Esther), Runsab (biar runsab tapi tetap som boy), TulunSabahan(WelPutri), Wel designer, BudakHutan, Kadusmama, Sogoh, TatieBosouSada, SiJohn, NC, Nadia&Chris, Racun & Madu, Beck, Kistzy, Claire, MIZURS(Kita sebumbung tapi tidak serumah), Landoy(Bagus2 kamu kerja d sana kio) , BenKinarut, Doreen Anain(Mekap artis c Lala di Sandakan), Epay, Enon, SisEstherlia, Annc(MY elderst bro), My sis Ennit, Dyeancher(DD), Gade, ButodStudio, Gabog, Joyfinder(My new friend), AdingEMP, Kuai, Puteri Ezza, HoneyBUZZ, Fredo Zone,(artis Skyline), Fredo(Kesederhanaan. sorry ya..hmpr lupa catat name kamu ) Glenda, FredolineYol, GY, Sabbe, Maya, Rosmi, Ati, Farida, Neza, Mickey, Nila, Lowra, Emma, Rodjo, Anthony, Suriyannie, Sharifuddin, Imran Said (Best ko punya album Vol.3), Julia, Velentina, Philip, ezzoe, Amoi, Noi(liang moi), Lyn, Mas, dan semua yang sudah memiliki album "Auh Nodi Koguli." ........para pengunjung halaman Lala yang tak tersebut namanya di sini...thanks...PEACE.


Anda lebih kenal Lala daripada mereka yang berada di luar sana. Maklumlah Album ini
kurang budget dan tak ada yang sudi promosi melainkan anda semua. Tak apalakan, tak ada promote di luar sana pun biarlah Lala berhabis-habisan promote diri di alam maya ini aja... Okla.. Ini gambar-gambar yang si Ocoi edit untuk promote album si Lala ini...heheee dia..da lekat dan tampal di mana- pula ni???

Monday, March 9, 2009

ALBUM VOL.3 IMRAN SAID DALAM PASARAN

Kepada para peminat lagu-lagu tempatan khasnya KadazanDusun. Kini Imran Said muncul lagi dengan audio CD Album Vol.3nya- " Ok Bah Kalau Kau" Album ini mempunyai 10 lagu hasil ciptaan beliau sendiri. Beliau memperagakan beberapa rentak dalam albumnya termasuk rentak sumazau,joget,slow rock,disco dan juga cha-cha dangdut. Seperti kebiasaan, beliau juga masih menyelitkan sebuah lagu bahasa Sungai, " Salalom Upian Ku". Studio rakaman? Kali ini beliau telah memilih TJC Talent Studio.
Yalah, kalau bukan kita yang dilahirkan sebagai bangsa KadazanDusun yang memahami bahasa ini siapa lagi yang mahu membeli dan mendengar lagu dan bahasa inikan? Sedangkan rakan-rakan kita dari bangsa lainpun ada yang gemar mendengar lagu-lagu kita inikan pula kita dari darah daging bangsa Nunuk Ragang ini. Kalau kita sendiri tidak mencintai, tidak mahu mendengar dan enggan belajar bahasa ini, jangan harap bangsa lain sukakannya. Mengapa kita tak kisah keluarkan beringgit-ringgit wang dengan kaset,CD audio,MTV dari bangsa lain, kenapa pula kita berkira sangat dengan bahasa dan bangsa sendirikan.

Sunday, March 1, 2009

Video Klip-Auh Nodi Koguli-Lala


Lagu dan Lirik Lagu ini adalah hasil gubahan oleh Mr. Yaps@Ocoi. Katanya lagu ini terhasil dari realiti hidup makhluk bergelar manusia yang tidak pernah lepas dari kesilapan masa lalu. Lagu ini bagi lala, benar-benar menyentuh hati dan jiwa. Dah beratus-ratus kali lala dengar dan berpuluh kali nyanyi lagu ini tapi tak pandai bosan2. Entahlah..lagu ini bagi lala ada kekuatan melodi dan senikata yang luar biasa. Hehee.. selebihnya tanyalah si Ocoi. Bah, komen dan pandangan rakan2 blogger amat Lala harapkan untuk memperbaiki kelemahan2 yang ada kio. Faham2 ajala..bidang terjun ni..Ucapan ribuan terima kasih atas semuanya.Maaf banyak2lah, Video ini tidak habis Lala upload atas permintaan empunya lagu..hehee..nanti dapatkan sahaja Album ini kio...bagi yang berminatla ba..

Saturday, February 28, 2009

IKLAN MINYAK WANGI

Lala tak tahu, tak ada idea langsung apa nak upload untuk update ini rumah. Da berhari-hari berlalu namun idea untuk ini tak sampai-sampai juga. Okey la..janji ada post, so Lala turunkanlah cerita mengarut ini sebagai santapan tak bermakna kepada rakan-rakan blogger yang sudi atau yang tersesat masuk ke ruangan Lala ini. Hehee..dengar ya..
Ada la konon ni seorang lelaki masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat lapan sebuah bangunan. Sampai di tingkat satu, masuk seorang gadis cun lalu menyembur minyak wangi ke tubuhnya. "Ini minyak mahal tau, jenama Beverly Hills, RM400 sebotol," katanya dengan sombong. Lelaki itu bengang giler. Apabila tiba tingkat tiga, masuk pula seorang mak datin, juga menyembur minyak wangi ke tubuhnya. "Minyak wangi Vecinza dari Itali berharga RM1000 sebotol tau, "kata datin yang angkuh. Sampai di tingkat lapan, pintu lif terbuka dan si lelaki tadi bersedia untuk keluar dari lif. "Prooootttt!!! sebelum keluar lelaki itu sempat mengeluarkan 'gas aslinya' dalam lif. "Telur rebus kedai mamak, tak mahal cuma lima puluh sen sebiji ja...." kata lelaki tu selamba sambil meninggalkan kedua-dua perempuan yang mula muntah di dalam lif.
Hehe.. cerita ini, rekaan semata-matalah Lala rasa, tak ada kaitan antara yang hidup dan mati..ataupun kepada mereka suka makan telur...hehehe..
Mungkin kita boleh juga ceduk sedikit pengajaran dari cerita-cerita beginikan? Misalnya.., kita tidak perlu menunjuk-nunjuk tentang apa yang kita ada kerana sebenarnya orang lain mempunyai lebih daripada apa yang kita ada. Dan dari semua itu.. tidak semua orang suka dengan apa yang kita ada dan pertontonkan kepada orang lain.