YOU ARE INVITED TO SIGN IN

Followers

Thursday, December 17, 2009

MERRY CHRISTMAS 2009 & HAPPY NEW YEAR 2010

Hooooo....hoooooo.......hooooo Selamat Menyambut Hari Natal yang bakal menjelang tidak lama lagi buat kawan2 Lala dimana jua berada..

Saturday, November 21, 2009

YANG PENTING ADA UPDATE

Tuuu... yang ocoi dan ocoi Junior..time si Ocoi pi konvo
Heheee.... pokoknya blog ini hilangla karatnya. Lama sangat da tak terupdate.





Heheheee... ini Lala dengan Mr. Nice Man ni. Piweeetttt!!!!
Siapa tak kenal dengan Mr. Bamba kan...Hehehee.
Naaa.. ini pula.. Mr. Ocoi ...dan yang di belakang tu... si Ocoi Junior.

Friday, October 23, 2009

KINABALUFM MEMANG SIOK BAH!!!!

Hai, hai, hai....... Dengarkan Kinabalufm, hiburan radio internet anda di mana jua anda berada bersama dengan DJ-DJ Kinabalufm. Tahniah Kinabalu FM! Hiburan radio internet yang memenuhi citarasa pendengar/peminat pelbagai rentak juga pelbagai lagu-lagu etnik borneo. Apa lagi dengarlah Kinabalufm. Adadaaaaaaaaaaaaaaaaaa siok bah!!!! KLIK Untuk berhibur sambil anda berforum. ATAU KINABALU FM. Ada lagi, anda juga boleh membuat permintaan lagu dan menujukan lagu kepada orang tersayang, rakan-rakan dan siapa juga. Lagu-lagu kadus dan pelbagai bahasa peribumi Sabah yang mungkin tidak anda temui di Sabah VFM mahupun mana-mana juga siaran Radio, mungkin anda akan temui di sini. Hiburan internet 100% Sabahan. Jommm..Adadaaaaaaaaaaa siok bah!!!!

Sunday, August 2, 2009

'Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin'

Hai, di pagi yang indah di bulan syawal ini Lala mahu mengambil kesempatan untuk mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" kepada semua rakan dan blogger-blogger yang beragama Islam. Khasnya kepada Kakak Nuritah (Ennit) dan seisi Keluarga, Bagaton, Dark, Kurin, Miss Gunic, Mr. Tabasan FC, Miss Nora, Puteri Ezza, MIZURS, Siawbee, Miss Liki, Masrobah, Pudin, Sabbe, Atie, Neza, Rosnani, Arnie, Ct Aisyah, Nurul Izzati, Idah, Aida, Yatie, Amoi, Nila, Sugiati, Sarah, Alia, Kak Yah, Azie , Setiawan, Adiputra, Ivan, Tynie, Mila, DJ Alipin Manaf, DJ Mardiana, Faizah, Rainah, Faridah, Ainie, Miss Gerigitan, semua staf Pusat Kecantikan Cleopatra Sandakan (MissGee, Norliza & Norfazliza) dan ramai lagi kawan-kawan
lala yang tak dapat disebutkan nama di sini.
Semoga ceria-ceria hendaknya sepanjang bulan ini.












Tuesday, July 28, 2009

GURINDAM PEKERJA SEPANJANG ZAMAN


Bila saya ambil masa yang lama untuk siapkan,

saya dikatakan lembab

Bila bos saya ambil masa yang lama, dia katakan dia berusaha kuat

Bila saya tak buat, saya dikatakan malas

Bila bos saya tak buat, dia kata dia busy


Bila saya buat perkara yang tidak disuruh, saya dituduh memandai

Bila bos saya buat pula, dia kata dia ambil inisiatif,

Bila saya cuba gembirakan bos, saya dikatakan mengampu

Bila bos saya buat pada bosnya, dia kata dia bekerjasama


Bila saya buat silap, saya dituduh bodoh

Bila bos saya buat silap, dia kata dia manusia biasa

Bila saya diluar ofis, saya dituduh keluar bersiar-siar

Bila bos saya yang keluar, dia kata urusan perniagaan


Bila saya ambil cuti sakit, saya dituduh selalu sakit

Bila bos saya ambil cuti sakit, dia kata dia memang sakit kuat

Bila saya mohon keluar, saya dituduh pergi temuduga

Bila bos saya mohon keluar, dia kata dia kerja lebih masa

Bila saya buat baik, bos saya tak pernah ingat

Bila saya buat silap, dia tidak pernah lupa........isk!isk!isk!!...


Thank's Mr.Bambarayon@ND.....PEACE

Saturday, June 13, 2009

SEBAHAGIAN CERITA MASA CUTI

05.06.2009, Kg. Langkabong Tongod Kinabatangan- Lala telah mengikuti rombongan orang naik meminang sebagai kakak kepada lelaki yang naik meminang. Majlis ini telah dilangsungkan di rumah pihak perempuan. Majlis dijalankan dalam keadaan yang amat sederhana.
Antara hantaran yang ada selain dari Wang ringgit. Jumlah RMnya masih rahsia kerajaan heheee.
Yang ni, satu-satunya brother Lala yang ada turut serta dalam rombongan
Sebahagian wakil rombongan lelaki yang didatangkan khas dari Kg. Umpason Apin-Apin Keningau.
Naaa.. inilah dua insan yang diengage pada hari itu.
Baaaa pelan-pelan ongkukut..liwa-liwa monsosop... magpalan mongirup. Besar2 ba tajau dorang ni..
Semasa di rumah pihak perempuan pun sudah ada bunga-bunga aramai ti. Ada sudah yang mula momis tiwou tidak mau pulang hehe.., tetapi apapun rombongan lelaki terpaksa juga bertolak kembali ke Apin-Apin Keningau pada jam 6 pmnya pada hari yang sama dan tiba di Kg. Umpasan Apin-Apin pada jam 11.00 pm. Bah! apa lagi, di sana aramati sudah menunggu-nunggu.. hingga ke pagilah mereka berjogetan.. Lala da mampus tidur time tu, jadi pic tak da la..hehee..

Pagi 06.06.2009 Kg. Umpason Apin2 Keningau (Rumah family Lala)- Atukoi aramai dia orang berkaraoke di siang-siang hari... apa-apalahkan yang penting aramai, bukan selalu dapat berkumpulan bersama sanak saudara, cousin2 macam ni.

Naaa.. masih ramai dia orang walaupun da keesokan paginya.
Akhirnya mangga ini juga yang dicari awal pagi, jadi rebutan lagi tu...hahaa siapa suruh kogutan, kotoh!!!

Dalam perjalanan Keningau ke K.Kinabalu, Lala sempat singgah di kedai kaset/CD/VCD Bamboo Sound untuk tinggalkan beberapa unit produk (Album Auh Nodi Koguli). Jadi rakan-rakan yang berminat bolehlah dapatkan album kami itu di kedai mereka ya. Opp.. sempat possing lagi dengan si Filix Don tapi tinggi betul ba dia ni,tengok sampai bahu aja sia. Apapun Thank's so much Don atas sokongan kamu.

Dalam perjalanan itu juga Lala sempat berjumpa dan berborak dengan Bro. Badadang di Pejabat PERTISA Muzium Sabah seterusnya meninggalkan beberapa unit produk lagi di sana.
Ha he hee.. yang ini perjalanan akhir da ni, sempat possing dekat Tomis - Bundu Tuhan sana. Pemandangan di sana memang cukup indah, cantik dengan udara yang amat nyaman, Kinabalu highland ba ini. Naaa itu ajalah antara lain cerita Lala masa cuti bulan kabangatan bilang si bro. Badadang., tak ada apa yang menarik, cuma cukup untuk update blog Lala yang da bertegar ini. Heheee..bye byee..

Monday, May 18, 2009

DARI DIARY KOLEKSIKU

Kali ini saya benar-benar tak ada idea mau kasih update ini blog. Lama betul sudah tak terupdate. Inda tahu apa mau post. Saya tidak pandai cari isu macam dia orang rakan-rakan blogger yang lain seperti dia orang c MS, Will, CJK, Ocoi dan ramailah lagi yang pandai-pandai cari bahan tu. Apapun biarlah saya perturunkan sebahagian photo koleksiku ini untuk update blog ini sahaja. Saya pun da boring sungguh dengan posting lama saya ini, apalagi rakan-rakan yang lainkan?


Hahaa..ini pic saya ambil awal mei 2009 ini.
Ini pula pic lama yang saya ambil tahun lepas lagi ini.

Heheee.. yang ni saya bersama The Ocoi Junior. Pic nipun saya ambil tahun lepas juga ni.

Yang pic minta puji ni saya capture tahun lalu juga di Sunway Lagoon
Apa-apa pun... inilah sebenarnya photographer saya yang baru mahu berjinak-jinak dengan dunia photo. Dia bilang tangkapan-tangkapan picnya tak cantik, tak tajam, tak pro.tapi bagi saya yang tak tahu apa-apa dalam bidang ini ia sudah cukup bagus.

Hahaaa..... cameraman yang belum saya bayar-bayar sehingga kini ini.Sian dia ni.
Siapa suruh, kita sibuk ambil post terbaik, cameraman saya sorang nipun sibuk capture sana sini.. entah-entah apalah pic yang dia capture tu.. Tak kena gajilah dia akhirnya... hehe.. kotoooh.

Saya dengan The Ocoi Junior.
Ini pula saya dengan sis. Molly@Qolo duluuuu.. time saya mengunjunginya di Putrajaya KL.
OOppppp.... nah.. yang ini saya bersama staf SK. Kironggu Telupid dan beberapa orang murid.
Naaaa.... abisss.. uda cerita yang tak serupa cerita saya kan? Tak ada apa-apapun yang penting atau yang menarik sebenarnya tu.. saja-saja.. Apa yang penting???? Yahaoooooo... saya da update blog saya. Sekurang-kurangnya tak juga bertegar sangat... heheee...

Saturday, May 2, 2009

LALA IN SABAH VFM



Seawal Jam 8.00pm - Lala bersama Ocoi sudah berada di depan pejabat SVFM. Kecewa juga sebab si Benn S. B dan Molly @ Qolo tidak dapat bersama. Ini adalah di sebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. Si Benn terpaksa capture gambar di Sutera Harbour Hotel malam tersebut., Si Molly pastilah join dia. Terpaksala si Ocoi aja yang temankan Lala.







Yang lucunya tiba-tiba sahaja si Ocoi dipersilakan masuk oleh DJ Alipin untuk mengisi ruangan rancangan 'Miampai Komulakan' Hahaaaa... nasib kena dengan si Ocoi yang ok aja dalam segala hal. Lala solutela dengan si Ocoi ni, apa juga hal yang datang pasti on aja. Dia boleh bertindak spontan dalam segala hal. Itu yang susah mau cari tu.. Memang steadyla si Ocoi malam itu. Ah, tak hairanlah, memang bercakap itu kesukaannya...cigula katakan. Hahhaaa.. jangan perasaannn ya..coi.. Apa kurangnya dengan DJ Alipin pada malam tu..da la cd tu buat hal, DJ kita relaks aja. Orang bilang cool aja dia. Kasihan juga Lala tengok dia, tapi DJ kita ni mungkin da biasa dengan situasi begitu. Dia boleh bertindak cepat. Apa pun Lala solute dengan DJ kita ni. Betulkan DJ Alipin. Essss... macam berdebar pula Lala menunggu giliran masuk Konti. Ini masa tunggu jam 9.45 ni di luar Konti. Tengah melayan sms dari kawan-kawanla ni.Lala bersama DJ Alipin Manaf. DJ Rancangan Miampai Artis Malam itu.Ocoi n Lala at Konti

Keesokan hari:02 Mei 2009 - Pejabat PERTISA - Lala sempat bersama orang-orang kuat PERTISA. Dari kiri Jeffry Anjuman 2 orang artis Pertisa, Edward Kating ( Artis dan Bendahari PERTISA) Lala dan Julius Gudok penyanyi evergreen dusun. Best betul bersama mereka ini, tak kering gusi bila bercerita.

Memang tidak dinafikan, banyak kecacatan yang Lala lakukan pada malam itu ( Program Miampai Artis). Seawal lagu pertama yang diputarkan da bermasalah. Itu bukan masalah teknikalla tetapi masalah CD yang kami guna untuk MP3 lagu-lagu dalam album Lala. Entah apa masalahnya, CD lagu tu da berulang kali dicuba di luar sana ok sahaja. DJ Alipin da test lagi di pejabat SVFM sebelum masuk Konti ok aja.. tiba-tiba aja time dimain sangkut dan terus tak bunyi, nasib baik ada CD Back Up yang si Ocoi bawa, selamatla keadaan walaupun da makan waktu. Hee.. cela cacat seterusnya, pastila grammar dusun Lala di samping kelancarannya. Takpala Lala akan cuba memperbaiki kelemahan-kelemahan ini dari semasa ke semasa. Akhir kata, terima kasih banyak2 di atas komen semua pendengar dan pemanggil pada malam itu. Terima kasih juga atas komen membina dari rakan2 blogger khasnya member2 Keningau Forum Roland, Miss Gunic, Hacks dan semua yang menyokong Lala. Tengkiu kio.