YOU ARE INVITED TO SIGN IN

Followers

Saturday, May 2, 2009

LALA IN SABAH VFM



Seawal Jam 8.00pm - Lala bersama Ocoi sudah berada di depan pejabat SVFM. Kecewa juga sebab si Benn S. B dan Molly @ Qolo tidak dapat bersama. Ini adalah di sebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. Si Benn terpaksa capture gambar di Sutera Harbour Hotel malam tersebut., Si Molly pastilah join dia. Terpaksala si Ocoi aja yang temankan Lala.







Yang lucunya tiba-tiba sahaja si Ocoi dipersilakan masuk oleh DJ Alipin untuk mengisi ruangan rancangan 'Miampai Komulakan' Hahaaaa... nasib kena dengan si Ocoi yang ok aja dalam segala hal. Lala solutela dengan si Ocoi ni, apa juga hal yang datang pasti on aja. Dia boleh bertindak spontan dalam segala hal. Itu yang susah mau cari tu.. Memang steadyla si Ocoi malam itu. Ah, tak hairanlah, memang bercakap itu kesukaannya...cigula katakan. Hahhaaa.. jangan perasaannn ya..coi.. Apa kurangnya dengan DJ Alipin pada malam tu..da la cd tu buat hal, DJ kita relaks aja. Orang bilang cool aja dia. Kasihan juga Lala tengok dia, tapi DJ kita ni mungkin da biasa dengan situasi begitu. Dia boleh bertindak cepat. Apa pun Lala solute dengan DJ kita ni. Betulkan DJ Alipin. Essss... macam berdebar pula Lala menunggu giliran masuk Konti. Ini masa tunggu jam 9.45 ni di luar Konti. Tengah melayan sms dari kawan-kawanla ni.Lala bersama DJ Alipin Manaf. DJ Rancangan Miampai Artis Malam itu.Ocoi n Lala at Konti

Keesokan hari:02 Mei 2009 - Pejabat PERTISA - Lala sempat bersama orang-orang kuat PERTISA. Dari kiri Jeffry Anjuman 2 orang artis Pertisa, Edward Kating ( Artis dan Bendahari PERTISA) Lala dan Julius Gudok penyanyi evergreen dusun. Best betul bersama mereka ini, tak kering gusi bila bercerita.

Memang tidak dinafikan, banyak kecacatan yang Lala lakukan pada malam itu ( Program Miampai Artis). Seawal lagu pertama yang diputarkan da bermasalah. Itu bukan masalah teknikalla tetapi masalah CD yang kami guna untuk MP3 lagu-lagu dalam album Lala. Entah apa masalahnya, CD lagu tu da berulang kali dicuba di luar sana ok sahaja. DJ Alipin da test lagi di pejabat SVFM sebelum masuk Konti ok aja.. tiba-tiba aja time dimain sangkut dan terus tak bunyi, nasib baik ada CD Back Up yang si Ocoi bawa, selamatla keadaan walaupun da makan waktu. Hee.. cela cacat seterusnya, pastila grammar dusun Lala di samping kelancarannya. Takpala Lala akan cuba memperbaiki kelemahan-kelemahan ini dari semasa ke semasa. Akhir kata, terima kasih banyak2 di atas komen semua pendengar dan pemanggil pada malam itu. Terima kasih juga atas komen membina dari rakan2 blogger khasnya member2 Keningau Forum Roland, Miss Gunic, Hacks dan semua yang menyokong Lala. Tengkiu kio.

7 comments:

Williborn said...

Congrate Lala...ko memang buli bah time tu..sia dengar pun o.k juga...biasalah kalo ada sikit2 delay pasal ari tu memang rancangan 'Live' bah kan..tialah buli lawan yg kena recording punya sbap yg itu kena ulang2 smpai perfect...ini baru yg 1st,.. biarlah jadi pengalaman dulu...lain kali tiada masalah lah tuuu...

kekadang CD tu mungkin sudah banyak finger print.. jadi stucklah dia..hehehe..lain kali kena pastikan butul2 dia bersih baru tidak sangkut dan ada kemungkinan player d konti Sabah VFM tu pun agak sensitif juga dengan kotoran/kuasa magnet dari tangan kita...so itu yg buat lebih kelam-kabut tu..

Lala said...

Thank's so much bro Will.betul juga kata kamu itu, benda remeh temeh pun kita boleh delay. Benda yang saya nak katakan itu memang da ada dalam kepala, tapi mungkin terlalu nervous, dan tercari-cari ayatnya dalam bahasa dusun,maka jadi begitulah...banyak "fill in the blank" bilang si Ocoi mengejek sya.

Betulla tu bro. Will, DJ Alipin pun cakap yang player di konti tu terlalu sensitif. Mahunya yang ori betul2. Tapi tak pa la, syukur juga ada keadaan begitu untuk dijadikan panduan di masa2 akan datang. Thanks bro. Will.

Malaikatsesat@Bentara Sakti said...

Cayalah lala...
Biasalah ada masalah. Tanpa disangka... tanpa diundang tu...
Apa pun, simburu juga sia... bila lah kamiurang pula kena intebiu...? Memang tiada peluang... kecuali RTM ada rancangan baru... bersama BLOGER KADUS... khar..khar..khar..

Good Luck!

Lala said...

hai MS, pertama dan terahirlah kali sa diintebiu 2.kecuali kita ada album bersama lepas ni.haha sa ada dngr lagu2 ko, c Debbie my geng masa bro badadang perdengarkan kat kami. bes2 gia lagu kamu tu..napa tia hasilkan produk...

Lala said...

ops!!lupa TQ kio MS

ocoi said...

MS, kamu tu sebenarnya kalau mahu intrvw2 mcm si Lala tu bila2 aja, cuma kamu tu yang tak mahu aja.

Lala said...

yaba MS...sa tunggu kamu ke udara ni...