YOU ARE INVITED TO SIGN IN

Followers

Sunday, April 11, 2010

TERIMA KASIH


Happy Birthday Card:Edited by Ocoi. Thanks Ocoi.
Photographer: Ocoi
Photographer: Ocoi
Editing By: Philip RBK.
Photographer: Ocoi
Edited: Ocoi
Bukan niat untuk minta puji ni. Cuma sekadar ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada individu-individu di atas yang telah menangkap dan mengedit gambar-gambar lala. Terima kasih banyak-banyak k..

Tuesday, February 16, 2010

Tahun Harimau Mari


Aduiiii.... lama betul blog ini tak terupdate. Tak apalah Lala lepaskan harimau ini sebagai tanda update sempena Tahun Harimau ini. Semoga dalam tahun ini kita lebih berani melepaskan idea-idea bernas kita, lebih berani melemparkan pandangan-pandangan membina kita. Jangan aja mengganas macam harimaulah kan..kan.. Okeylah, apa-apapun semoga Tahun Harimau mengikut kalendar cina ini membawa satu kejayaan kemenangan kepada kita semua, negara kita, negeri kita dan lebih-lebih lagi keberhasilan kepada apa yang kita usahakan dengan penuh tekun selama ini. Tak kiralah sama ada kita ini penjawat awam, swasta, artis,penoreh getah dan apa jugalah jenis pekerjaan yang baik-baik. Jangan membawa kejayaan yang memusnahkan orang lain sudahlah. Yes!Yes! Moga tahun ini tahun yang penuh dengan kejayaan, keamanan dan kedamaian kepada seluruh alam dan seluruh makhluk termasuklah harimau-harimau liar di rimba-rimba raya. Ini tahun, tahun haiwan maging ini, para pemburu berlesen dan pemburu haram hormatilah haiwan ini, beri mereka peluang untuk meneruskan kemandirian spesis mereka di muka bumi ini amnya dan negara ini khasnya.