YOU ARE INVITED TO SIGN IN

Followers

Saturday, February 28, 2009

IKLAN MINYAK WANGI

Lala tak tahu, tak ada idea langsung apa nak upload untuk update ini rumah. Da berhari-hari berlalu namun idea untuk ini tak sampai-sampai juga. Okey la..janji ada post, so Lala turunkanlah cerita mengarut ini sebagai santapan tak bermakna kepada rakan-rakan blogger yang sudi atau yang tersesat masuk ke ruangan Lala ini. Hehee..dengar ya..
Ada la konon ni seorang lelaki masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat lapan sebuah bangunan. Sampai di tingkat satu, masuk seorang gadis cun lalu menyembur minyak wangi ke tubuhnya. "Ini minyak mahal tau, jenama Beverly Hills, RM400 sebotol," katanya dengan sombong. Lelaki itu bengang giler. Apabila tiba tingkat tiga, masuk pula seorang mak datin, juga menyembur minyak wangi ke tubuhnya. "Minyak wangi Vecinza dari Itali berharga RM1000 sebotol tau, "kata datin yang angkuh. Sampai di tingkat lapan, pintu lif terbuka dan si lelaki tadi bersedia untuk keluar dari lif. "Prooootttt!!! sebelum keluar lelaki itu sempat mengeluarkan 'gas aslinya' dalam lif. "Telur rebus kedai mamak, tak mahal cuma lima puluh sen sebiji ja...." kata lelaki tu selamba sambil meninggalkan kedua-dua perempuan yang mula muntah di dalam lif.
Hehe.. cerita ini, rekaan semata-matalah Lala rasa, tak ada kaitan antara yang hidup dan mati..ataupun kepada mereka suka makan telur...hehehe..
Mungkin kita boleh juga ceduk sedikit pengajaran dari cerita-cerita beginikan? Misalnya.., kita tidak perlu menunjuk-nunjuk tentang apa yang kita ada kerana sebenarnya orang lain mempunyai lebih daripada apa yang kita ada. Dan dari semua itu.. tidak semua orang suka dengan apa yang kita ada dan pertontonkan kepada orang lain.

2 comments:

--- said...

Hahaha.... kentut berharga RM0.50, memangpun kentut sangat murah, kekekekekek

Lala said...

hahaha....mimang laba kentut xda hargakan san....tia payah makan apa2pun mosus juga tu..angin jenis2 'bungi'bunyi ba... tia payah cari petua...tatap2 empunya badan menikmatinya..keh!keh!keh!..thanx san...