YOU ARE INVITED TO SIGN IN

Followers

Friday, April 10, 2009

VIVA SAHUT CABARAN 4 X 4


Jambatan ini pernah dipostkan oleh si Runsab dalam blognya beberapa minggu yang lepas sewaktu keadaannya belum setenat ini. Waktu ini, rakan-rakan perhatikanlah sendiri keadaanya. Terpaksalah cari alternatif lain untuk masuk sekolah ni. Terpaksa ikut jalan sungai.



Beginilah keadaan kereta Viva ini. Tersadai dan hanya memerlukan kesabaran dan teknik pemanduan. Jalan ini juga jarang sekali dilalui kenderaan,
dalam 2 jam belum pasti ada satu kenderaan yang lalu di sini untuk meminta sebarang bantuan.

Mungkin jarang anda saksikan kereta comel ini akan meredah jalan yang hanya layak dilalui oleh kenderaan pacuan 4 roda. Apa tah lagi kereta ini baru sehari dua keluar dari kedai.

Tapi ini realiti yang terpaksa dihadapi oleh guru-guru yang berkhidmat di SK. Kirunggo Telupid. Disebabkan jambatan yang tidak boleh dilalui oleh sebarang kenderaan, maka terpaksalah terjun ke sungai kereta Viva ini. Jika tak banjir, boleh lah lalu. Nasib time kawan ini lalu air sungai tak banjir. Dan akhirnya si comel ini berjaya juga mengatasi halangan ini.

6 comments:

GregChai said...

aduh pedih hati saya tinguk jalan tu tau, kesian tu Viva.

Lala said...

memang mcm ni la jalan masuk p skul kami greg...sungai 2 pun yang tercetek sudah masa viva lalu..sebenarnya masih banyak kolam2 di atas jalanraya tu..hehe

Kris and Nadia said...

atokoi... sedihnya tu viva.. go viva go!! .. hebat jg tu viva ble lalu kan.. nasib baik la terer driver dia..hihi :)

Ornest said...

Hebat!!! Misti driver dia tu berpengalaman luas dlm pemanduan kenderaan 4x4 jg :D.. Ko cikgukah pula tu Lala... baru sya tau hehehe... Bah, kasih forwardlah tu masalah sama YB sana untuk diambil tindakan segera. Tenat betul tu jalan sya tingu..

PapaGolf said...

adadah...lala, ko beli la yg ada 4x4 ba, sian tu viva baru ko..

Lala said...

Kris and Nadia,korang pun ada keta baru wrn putih kan..hehe..viva 2 cgu Shariffudin punya..baru ja dia bili hjng bln Mac lalu.1st time dia bawa masuk.Sungai yg dilalui pun batunya besar2..nasib baik drivernya terer..

Oiga(Ornest)...memang hebat driver viva 2..hahaha...kita tunggu dan lihat aja tindakan dorang 2...

PapaGolf, itu bukan keta c lala gia..kawan punya ba..majoriti staf d SK Kirunggo ni guna 4x4 termasuk c lala..hehehe