YOU ARE INVITED TO SIGN IN

Followers

Saturday, April 25, 2009

MARI BERSAMA DALAM RANCANGAN MIAMPAI ARTIS 1 MEI 2009

1 Mei ini Lala akan ke udara dalam rancangan "Miampai Artis" dalam siaran SabahVFM jam 9.45 pm. Itupun jika tidak ada sebarang masalah atau tidak ada aral melintang kata orang. Entahlah macam mana ni... Masalahnya Lala ini sebenarnya tidaklah fasih sangat berbahasa dusun. Dusun yang Lala ada pun da jadi rojak.

Apapun janganlah rakan-rakan sangka yang Lala ini seorang artis pula. Artis jauh sekali dari angan Lala. Lala buat semua ini pun sekadar suka-suka sahaja. Saja-saja mahu cuba boleh ka tak aja bah. Mungkin ini album pertama dan terakhir juga ini.. so, please..please jangan samakan Lala dengan artis-artis Kadus yang lain tu ya..
Sebenarnya Lala tidak berseorangan, orang-orang penting di bawah ini akan bersama Lala, tetapi mereka kata masuk konti Lala seorang aja.
Kalau malam tu, dusun Lala tunggang terbalik atau tak difahami, ataupun keluar macam tahi kambing aja.. faham-faham ajalah kio.

Qolo @ Molly- Pengurus si Caroline Yusuf. Beliau banyak mencipta lagu dan lirik dalam album si Benn S dan Si Carol.

Benn S. Bukag - Johan Bontugan Sinding Dusun 2008, juga selaku penyusun semua muzik and Mastering Album "Auh Nodi Koguli" Lala.
Dalam Album Lala ini, beliau (Benn) turut menyanyikan sebuah lagu bertajuk " Pitongkiadan Diti" lagu dan lirik Si Ocoi dan lagu duet bersama Lala dalam lagu "Nipi Taraat" juga lagu dan lirik si Ocoi.
Yaps P. G @ Ocoi - Empunya atau pencipta kesemua lagu dan lirik dalam album Lala. Beliau turut menyanyikan sebuah lagu dalam album ini bertajuk "Ginawo Okon Raan-Raan" Lagu dan Lirik beliau sendiri. Pada mulanya si Ocoi ini betul-betul tidak mahu bawa walaupun setengah dari lagu-lagunya, tetapi setelah didesak dan diminta agar membawa 2 atau tiga lagu, beliau akhirnya akur juga bawa sebuah sahaja. "Maan pod koirakan" ( untuk kasih ketawa -ketawa aja ) dia bilang.

7 comments:

ocoi said...

Ok ba juga itu Lala, jangan sahaja tak da suara langsung... sebab pendengar KADUS seluruh Sabah akan dengar itu. Yakin boleh aja Lala..

I, takkan sorang aja Lala yang masuk konti? Boleh ba si Benn pun turut sama itu dalam konti tu nanti, kan dia pun ada lagu juga dalam album kamu.

Lala said...

Ish! sapa bilang sa inda besuara ocoi... kin ada juga ni suara tapi indalah kali lurus dusun sa tu... Yakin aja la ni ocoi... sb sa taw ko juga yang bakal sa bawa masuk konti nanti...hahaha...

de engineur said...

bah, yg tunggang tebalik tu yg siok mau dengar tu. Ni yg mo tnggu mo dgr ni nanti. Siapa DJ di VFM nanti?
satu lagi, album tu ada di pasaran sdh ka?

ocoi said...

Ya bakan De Engineur, betul tu.. bukan semua orang boleh buat bahasa tunggang terbalik tebaring tu... Coipun mau dengar betulah amcam bahasa dusun itu kalau tunggang tebalik.. susah mau buat tu.

Hai De Engineur, album si Lala ini belum ada di pasaran secara rasmi walupun album ni da keluar sejak awal tahun ni lagi. Masalahnya perakuan B belum keluar2, entah apa masalahnya.. tapi di beberapa kedai ada da termasuk di Pejabat PERTISA.

Lala said...

De ENGINEUR siukla kali dusun tunggang tebalik terbaring ni...om kinongohon nopo gia diri... Ocoi da jawab soalan kamu tuh...

Anonymous said...

Tahniah lala...akhirnya tercapai juga hajat ko kan..

Papun sebelum ko melangkah masuk ke dalam konti nanti jan lupa baca ave maria atau bapa kami la..hehehe..

Jan lupa praktis2 lu di ruma..manatau sya menyamar om tanya soalan yg susa..hehe

Papun..all the best..and gudluck 2 u lala...

Lala said...

hai jmy @ runsab...tengkiu sb menyokong c lala slama ni... apa! ko myamar jadi OM.....hehehe...