1 Mei ini Lala akan ke udara dalam rancangan "Miampai Artis" dalam siaran SabahVFM jam 9.45 pm. Itupun jika tidak ada sebarang masalah atau tidak ada aral melintang kata orang. Entahlah macam mana ni... Masalahnya Lala ini sebenarnya tidaklah fasih sangat berbahasa dusun. Dusun yang Lala ada pun da jadi rojak.
Apapun janganlah rakan-rakan sangka yang Lala ini seorang artis pula. Artis jauh sekali dari angan Lala. Lala buat semua ini pun sekadar suka-suka sahaja. Saja-saja mahu cuba boleh ka tak aja bah. Mungkin ini album pertama dan terakhir juga ini.. so, please..please jangan samakan Lala dengan artis-artis Kadus yang lain tu ya..
Sebenarnya Lala tidak berseorangan, orang-orang penting di bawah ini akan bersama Lala, tetapi mereka kata masuk konti Lala seorang aja.
Kalau malam tu, dusun Lala tunggang terbalik atau tak difahami, ataupun keluar macam tahi kambing aja.. faham-faham ajalah kio.
Qolo @ Molly- Pengurus si Caroline Yusuf. Beliau banyak mencipta lagu dan lirik dalam album si Benn S dan Si Carol.
Benn S. Bukag - Johan Bontugan Sinding Dusun 2008, juga selaku penyusun semua muzik and Mastering Album "Auh Nodi Koguli" Lala.
Dalam Album Lala ini, beliau (Benn) turut menyanyikan sebuah lagu bertajuk " Pitongkiadan Diti" lagu dan lirik Si Ocoi dan lagu duet bersama Lala dalam lagu "Nipi Taraat" juga lagu dan lirik si Ocoi. 

Yaps P. G @ Ocoi - Empunya atau pencipta kesemua lagu dan lirik dalam album Lala. Beliau turut menyanyikan sebuah lagu dalam album ini bertajuk "Ginawo Okon Raan-Raan" Lagu dan Lirik beliau sendiri. Pada mulanya si Ocoi ini betul-betul tidak mahu bawa walaupun setengah dari lagu-lagunya, tetapi setelah didesak dan diminta agar membawa 2 atau tiga lagu, beliau akhirnya akur juga bawa sebuah sahaja. "Maan pod koirakan" ( untuk kasih ketawa -ketawa aja ) dia bilang.