Followers
Thursday, December 17, 2009
Saturday, November 21, 2009
YANG PENTING ADA UPDATE
Friday, October 23, 2009
KINABALUFM MEMANG SIOK BAH!!!!
Hai, hai, hai....... Dengarkan Kinabalufm, hiburan radio internet anda di mana jua anda berada bersama dengan DJ-DJ Kinabalufm. Tahniah Kinabalu FM! Hiburan radio internet yang memenuhi citarasa pendengar/peminat pelbagai rentak juga pelbagai lagu-lagu etnik borneo. Apa lagi dengarlah Kinabalufm. Adadaaaaaaaaaaaaaaaaaa siok bah!!!! KLIK Untuk berhibur sambil anda berforum. ATAU KINABALU FM. Ada lagi, anda juga boleh membuat permintaan lagu dan menujukan lagu kepada orang tersayang, rakan-rakan dan siapa juga. Lagu-lagu kadus dan pelbagai bahasa peribumi Sabah yang mungkin tidak anda temui di Sabah VFM mahupun mana-mana juga siaran Radio, mungkin anda akan temui di sini. Hiburan internet 100% Sabahan. Jommm..Adadaaaaaaaaaaa siok bah!!!!Sunday, August 2, 2009
'Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin'
Hai, di pagi yang indah di bulan syawal ini Lala mahu mengambil kesempatan untuk mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" kepada semua rakan dan blogger-blogger yang beragama Islam. Khasnya kepada Kakak Nuritah (Ennit) dan seisi Keluarga, Bagaton, Dark, Kurin, Miss Gunic, Mr. Tabasan FC, Miss Nora, Puteri Ezza, MIZURS, Siawbee, Miss Liki, Masrobah, Pudin, Sabbe, Atie, Neza, Rosnani, Arnie, Ct Aisyah, Nurul Izzati, Idah, Aida, Yatie, Amoi, Nila, Sugiati, Sarah, Alia, Kak Yah, Azie , Setiawan, Adiputra, Ivan, Tynie, Mila, DJ Alipin Manaf, DJ Mardiana, Faizah, Rainah, Faridah, Ainie, Miss Gerigitan, semua staf Pusat Kecantikan Cleopatra Sandakan (MissGee, Norliza & Norfazliza) dan ramai lagi kawan-kawanlala yang tak dapat disebutkan nama di sini.
Semoga ceria-ceria hendaknya sepanjang bulan ini.

Tuesday, July 28, 2009
GURINDAM PEKERJA SEPANJANG ZAMAN
Bila saya ambil masa yang lama untuk siapkan,
saya dikatakan lembab
Bila bos saya ambil masa yang lama, dia katakan dia berusaha kuat
Bila saya tak buat, saya dikatakan malas
Bila bos saya tak buat, dia kata dia busy
Bila saya buat perkara yang tidak disuruh, saya dituduh memandai
Bila bos saya buat pula, dia kata dia ambil inisiatif,
Bila saya cuba gembirakan bos, saya dikatakan mengampu
Bila bos saya buat pada bosnya, dia kata dia bekerjasama
Bila saya buat silap, saya dituduh bodoh
Bila bos saya buat silap, dia kata dia manusia biasa
Bila saya diluar ofis, saya dituduh keluar bersiar-siar
Bila bos saya yang keluar, dia kata urusan perniagaan
Bila saya ambil cuti sakit, saya dituduh selalu sakit
Bila bos saya ambil cuti sakit, dia kata dia memang sakit kuat
Bila saya mohon keluar, saya dituduh pergi temuduga
Bila bos saya mohon keluar, dia kata dia kerja lebih masa
Bila saya buat baik, bos saya tak pernah ingat
Bila saya buat silap, dia tidak pernah lupa........isk!isk!isk!!...
Thank's Mr.Bambarayon@ND.....PEACE
Saturday, June 13, 2009
SEBAHAGIAN CERITA MASA CUTI
Dalam perjalanan Keningau ke K.Kinabalu, Lala sempat singgah di kedai kaset/CD/VCD Bamboo Sound untuk tinggalkan beberapa unit produk (Album Auh Nodi Koguli). Jadi rakan-rakan yang berminat bolehlah dapatkan album kami itu di kedai mereka ya. Opp.. sempat possing lagi dengan si Filix Don tapi tinggi betul ba dia ni,tengok sampai bahu aja sia. Apapun Thank's so much Don atas sokongan kamu.
Ha he hee.. yang ini perjalanan akhir da ni, sempat possing dekat Tomis - Bundu Tuhan sana. Pemandangan di sana memang cukup indah, cantik dengan udara yang amat nyaman, Kinabalu highland ba ini. Naaa itu ajalah antara lain cerita Lala masa cuti bulan kabangatan bilang si bro. Badadang., tak ada apa yang menarik, cuma cukup untuk update blog Lala yang da bertegar ini. Heheee..bye byee..
Monday, May 18, 2009
DARI DIARY KOLEKSIKU

Apa-apa pun... inilah sebenarnya photographer saya yang baru mahu berjinak-jinak dengan dunia photo. Dia bilang tangkapan-tangkapan picnya tak cantik, tak tajam, tak pro.tapi bagi saya yang tak tahu apa-apa dalam bidang ini ia sudah cukup bagus.
Siapa suruh, kita sibuk ambil post terbaik, cameraman saya sorang nipun sibuk capture sana sini.. entah-entah apalah pic yang dia capture tu.. Tak kena gajilah dia akhirnya... hehe.. kotoooh.
Ini pula saya dengan sis. Molly@Qolo duluuuu.. time saya mengunjunginya di Putrajaya KL.
OOppppp.... nah.. yang ini saya bersama staf SK. Kironggu Telupid dan beberapa orang murid.Naaaa.... abisss.. uda cerita yang tak serupa cerita saya kan? Tak ada apa-apapun yang penting atau yang menarik sebenarnya tu.. saja-saja.. Apa yang penting???? Yahaoooooo... saya da update blog saya. Sekurang-kurangnya tak juga bertegar sangat... heheee...
Saturday, May 2, 2009
LALA IN SABAH VFM

Yang lucunya tiba-tiba sahaja si Ocoi dipersilakan masuk oleh DJ Alipin untuk mengisi ruangan rancangan 'Miampai Komulakan' Hahaaaa... nasib kena dengan si Ocoi yang ok aja dalam segala hal. Lala solutela dengan si Ocoi ni, apa juga hal yang datang pasti on aja. Dia boleh bertindak spontan dalam segala hal. Itu yang susah mau cari tu.. Memang steadyla si Ocoi malam itu. Ah, tak hairanlah, memang bercakap itu kesukaannya...cigula katakan. Hahhaaa.. jangan perasaannn ya..coi.. Apa kurangnya dengan DJ Alipin pada malam tu..da la cd tu buat hal, DJ kita relaks aja. Orang bilang cool aja dia. Kasihan juga Lala tengok dia, tapi DJ kita ni mungkin da biasa dengan situasi begitu. Dia boleh bertindak cepat. Apa pun Lala solute dengan DJ kita ni. Betulkan DJ Alipin.
Essss... macam berdebar pula Lala menunggu giliran masuk Konti. Ini masa tunggu jam 9.45 ni di luar Konti. Tengah melayan sms dari kawan-kawanla ni.
Lala bersama DJ Alipin Manaf. DJ Rancangan Miampai Artis Malam itu.
Ocoi n Lala at Konti
Memang tidak dinafikan, banyak kecacatan yang Lala lakukan pada malam itu ( Program Miampai Artis). Seawal lagu pertama yang diputarkan da bermasalah. Itu bukan masalah teknikalla tetapi masalah CD yang kami guna untuk MP3 lagu-lagu dalam album Lala. Entah apa masalahnya, CD lagu tu da berulang kali dicuba di luar sana ok sahaja. DJ Alipin da test lagi di pejabat SVFM sebelum masuk Konti ok aja.. tiba-tiba aja time dimain sangkut dan terus tak bunyi, nasib baik ada CD Back Up yang si Ocoi bawa, selamatla keadaan walaupun da makan waktu. Hee.. cela cacat seterusnya, pastila grammar dusun Lala di samping kelancarannya. Takpala Lala akan cuba memperbaiki kelemahan-kelemahan ini dari semasa ke semasa. Akhir kata, terima kasih banyak2 di atas komen semua pendengar dan pemanggil pada malam itu. Terima kasih juga atas komen membina dari rakan2 blogger khasnya member2 Keningau Forum Roland, Miss Gunic, Hacks dan semua yang menyokong Lala. Tengkiu kio.





















