YOU ARE INVITED TO SIGN IN

Followers

Tuesday, February 16, 2010

Tahun Harimau Mari


Aduiiii.... lama betul blog ini tak terupdate. Tak apalah Lala lepaskan harimau ini sebagai tanda update sempena Tahun Harimau ini. Semoga dalam tahun ini kita lebih berani melepaskan idea-idea bernas kita, lebih berani melemparkan pandangan-pandangan membina kita. Jangan aja mengganas macam harimaulah kan..kan.. Okeylah, apa-apapun semoga Tahun Harimau mengikut kalendar cina ini membawa satu kejayaan kemenangan kepada kita semua, negara kita, negeri kita dan lebih-lebih lagi keberhasilan kepada apa yang kita usahakan dengan penuh tekun selama ini. Tak kiralah sama ada kita ini penjawat awam, swasta, artis,penoreh getah dan apa jugalah jenis pekerjaan yang baik-baik. Jangan membawa kejayaan yang memusnahkan orang lain sudahlah. Yes!Yes! Moga tahun ini tahun yang penuh dengan kejayaan, keamanan dan kedamaian kepada seluruh alam dan seluruh makhluk termasuklah harimau-harimau liar di rimba-rimba raya. Ini tahun, tahun haiwan maging ini, para pemburu berlesen dan pemburu haram hormatilah haiwan ini, beri mereka peluang untuk meneruskan kemandirian spesis mereka di muka bumi ini amnya dan negara ini khasnya.

Thursday, December 17, 2009

MERRY CHRISTMAS 2009 & HAPPY NEW YEAR 2010

Hooooo....hoooooo.......hooooo Selamat Menyambut Hari Natal yang bakal menjelang tidak lama lagi buat kawan2 Lala dimana jua berada..

Saturday, November 21, 2009

YANG PENTING ADA UPDATE

Tuuu... yang ocoi dan ocoi Junior..time si Ocoi pi konvo
Heheee.... pokoknya blog ini hilangla karatnya. Lama sangat da tak terupdate.





Heheheee... ini Lala dengan Mr. Nice Man ni. Piweeetttt!!!!
Siapa tak kenal dengan Mr. Bamba kan...Hehehee.
Naaa.. ini pula.. Mr. Ocoi ...dan yang di belakang tu... si Ocoi Junior.

Friday, October 23, 2009

KINABALUFM MEMANG SIOK BAH!!!!

Hai, hai, hai....... Dengarkan Kinabalufm, hiburan radio internet anda di mana jua anda berada bersama dengan DJ-DJ Kinabalufm. Tahniah Kinabalu FM! Hiburan radio internet yang memenuhi citarasa pendengar/peminat pelbagai rentak juga pelbagai lagu-lagu etnik borneo. Apa lagi dengarlah Kinabalufm. Adadaaaaaaaaaaaaaaaaaa siok bah!!!! KLIK Untuk berhibur sambil anda berforum. ATAU KINABALU FM. Ada lagi, anda juga boleh membuat permintaan lagu dan menujukan lagu kepada orang tersayang, rakan-rakan dan siapa juga. Lagu-lagu kadus dan pelbagai bahasa peribumi Sabah yang mungkin tidak anda temui di Sabah VFM mahupun mana-mana juga siaran Radio, mungkin anda akan temui di sini. Hiburan internet 100% Sabahan. Jommm..Adadaaaaaaaaaaa siok bah!!!!

Sunday, August 2, 2009

'Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin'

Hai, di pagi yang indah di bulan syawal ini Lala mahu mengambil kesempatan untuk mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" kepada semua rakan dan blogger-blogger yang beragama Islam. Khasnya kepada Kakak Nuritah (Ennit) dan seisi Keluarga, Bagaton, Dark, Kurin, Miss Gunic, Mr. Tabasan FC, Miss Nora, Puteri Ezza, MIZURS, Siawbee, Miss Liki, Masrobah, Pudin, Sabbe, Atie, Neza, Rosnani, Arnie, Ct Aisyah, Nurul Izzati, Idah, Aida, Yatie, Amoi, Nila, Sugiati, Sarah, Alia, Kak Yah, Azie , Setiawan, Adiputra, Ivan, Tynie, Mila, DJ Alipin Manaf, DJ Mardiana, Faizah, Rainah, Faridah, Ainie, Miss Gerigitan, semua staf Pusat Kecantikan Cleopatra Sandakan (MissGee, Norliza & Norfazliza) dan ramai lagi kawan-kawan
lala yang tak dapat disebutkan nama di sini.
Semoga ceria-ceria hendaknya sepanjang bulan ini.












Tuesday, July 28, 2009

GURINDAM PEKERJA SEPANJANG ZAMAN


Bila saya ambil masa yang lama untuk siapkan,

saya dikatakan lembab

Bila bos saya ambil masa yang lama, dia katakan dia berusaha kuat

Bila saya tak buat, saya dikatakan malas

Bila bos saya tak buat, dia kata dia busy


Bila saya buat perkara yang tidak disuruh, saya dituduh memandai

Bila bos saya buat pula, dia kata dia ambil inisiatif,

Bila saya cuba gembirakan bos, saya dikatakan mengampu

Bila bos saya buat pada bosnya, dia kata dia bekerjasama


Bila saya buat silap, saya dituduh bodoh

Bila bos saya buat silap, dia kata dia manusia biasa

Bila saya diluar ofis, saya dituduh keluar bersiar-siar

Bila bos saya yang keluar, dia kata urusan perniagaan


Bila saya ambil cuti sakit, saya dituduh selalu sakit

Bila bos saya ambil cuti sakit, dia kata dia memang sakit kuat

Bila saya mohon keluar, saya dituduh pergi temuduga

Bila bos saya mohon keluar, dia kata dia kerja lebih masa

Bila saya buat baik, bos saya tak pernah ingat

Bila saya buat silap, dia tidak pernah lupa........isk!isk!isk!!...


Thank's Mr.Bambarayon@ND.....PEACE