Followers
Thursday, December 17, 2009
Saturday, November 21, 2009
YANG PENTING ADA UPDATE
Friday, October 23, 2009
KINABALUFM MEMANG SIOK BAH!!!!
Hai, hai, hai....... Dengarkan Kinabalufm, hiburan radio internet anda di mana jua anda berada bersama dengan DJ-DJ Kinabalufm. Tahniah Kinabalu FM! Hiburan radio internet yang memenuhi citarasa pendengar/peminat pelbagai rentak juga pelbagai lagu-lagu etnik borneo. Apa lagi dengarlah Kinabalufm. Adadaaaaaaaaaaaaaaaaaa siok bah!!!! KLIK Untuk berhibur sambil anda berforum. ATAU KINABALU FM. Ada lagi, anda juga boleh membuat permintaan lagu dan menujukan lagu kepada orang tersayang, rakan-rakan dan siapa juga. Lagu-lagu kadus dan pelbagai bahasa peribumi Sabah yang mungkin tidak anda temui di Sabah VFM mahupun mana-mana juga siaran Radio, mungkin anda akan temui di sini. Hiburan internet 100% Sabahan. Jommm..Adadaaaaaaaaaaa siok bah!!!!Sunday, August 2, 2009
'Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin'
Hai, di pagi yang indah di bulan syawal ini Lala mahu mengambil kesempatan untuk mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" kepada semua rakan dan blogger-blogger yang beragama Islam. Khasnya kepada Kakak Nuritah (Ennit) dan seisi Keluarga, Bagaton, Dark, Kurin, Miss Gunic, Mr. Tabasan FC, Miss Nora, Puteri Ezza, MIZURS, Siawbee, Miss Liki, Masrobah, Pudin, Sabbe, Atie, Neza, Rosnani, Arnie, Ct Aisyah, Nurul Izzati, Idah, Aida, Yatie, Amoi, Nila, Sugiati, Sarah, Alia, Kak Yah, Azie , Setiawan, Adiputra, Ivan, Tynie, Mila, DJ Alipin Manaf, DJ Mardiana, Faizah, Rainah, Faridah, Ainie, Miss Gerigitan, semua staf Pusat Kecantikan Cleopatra Sandakan (MissGee, Norliza & Norfazliza) dan ramai lagi kawan-kawanlala yang tak dapat disebutkan nama di sini.
Semoga ceria-ceria hendaknya sepanjang bulan ini.

Tuesday, July 28, 2009
GURINDAM PEKERJA SEPANJANG ZAMAN
Bila saya ambil masa yang lama untuk siapkan,
saya dikatakan lembab
Bila bos saya ambil masa yang lama, dia katakan dia berusaha kuat
Bila saya tak buat, saya dikatakan malas
Bila bos saya tak buat, dia kata dia busy
Bila saya buat perkara yang tidak disuruh, saya dituduh memandai
Bila bos saya buat pula, dia kata dia ambil inisiatif,
Bila saya cuba gembirakan bos, saya dikatakan mengampu
Bila bos saya buat pada bosnya, dia kata dia bekerjasama
Bila saya buat silap, saya dituduh bodoh
Bila bos saya buat silap, dia kata dia manusia biasa
Bila saya diluar ofis, saya dituduh keluar bersiar-siar
Bila bos saya yang keluar, dia kata urusan perniagaan
Bila saya ambil cuti sakit, saya dituduh selalu sakit
Bila bos saya ambil cuti sakit, dia kata dia memang sakit kuat
Bila saya mohon keluar, saya dituduh pergi temuduga
Bila bos saya mohon keluar, dia kata dia kerja lebih masa
Bila saya buat baik, bos saya tak pernah ingat
Bila saya buat silap, dia tidak pernah lupa........isk!isk!isk!!...
Thank's Mr.Bambarayon@ND.....PEACE
Saturday, June 13, 2009
SEBAHAGIAN CERITA MASA CUTI
Dalam perjalanan Keningau ke K.Kinabalu, Lala sempat singgah di kedai kaset/CD/VCD Bamboo Sound untuk tinggalkan beberapa unit produk (Album Auh Nodi Koguli). Jadi rakan-rakan yang berminat bolehlah dapatkan album kami itu di kedai mereka ya. Opp.. sempat possing lagi dengan si Filix Don tapi tinggi betul ba dia ni,tengok sampai bahu aja sia. Apapun Thank's so much Don atas sokongan kamu.
Ha he hee.. yang ini perjalanan akhir da ni, sempat possing dekat Tomis - Bundu Tuhan sana. Pemandangan di sana memang cukup indah, cantik dengan udara yang amat nyaman, Kinabalu highland ba ini. Naaa itu ajalah antara lain cerita Lala masa cuti bulan kabangatan bilang si bro. Badadang., tak ada apa yang menarik, cuma cukup untuk update blog Lala yang da bertegar ini. Heheee..bye byee..
















