YOU ARE INVITED TO SIGN IN

Followers

Monday, November 17, 2008

DI HUJUNG GARISAN 2008

Lala tak tahu apa lagi cerita untuk dimuatkan ke halaman ini sebagai satu tanda up-date. Cuma rasanya kita sudah berada di hujung garisan 2008. Terlalu banyak pahit manis yang akan turut berlalu bersama arus 2008 ini. Whatever, thank's 2008 u give me somethings special through the year. Apapun lala sedih juga bila terkenangkan tugu/lambang/replika 'Nunuk Ragang' yang baru-baru ini lala sempat kunjungi untuk entah yang kesekian kalinya. Ia dah dimakan tahun nampaknya,usang tanpa pemeliharaan yang sempurna.Adakah ia bakal usang terus dimamah waktu dan akhirnya lenyap begitu sahaja?? Pleaselah.. kepada pihak-pihak yang berkenaan agar ambil inisiatif untuk memulihkan semula simbol legenda suku kaum pribumi Sabah itu. Replika 'Nunuk Ragang' (Pokok Kayu Ara Merah) yang terletak di Kampung Tompios Ranau
Lala ambil gambar banyak-banyak kat sini.

Sambil-sambil shooting jugalah.
Harap-haraplah replika legenda ini mendapat penjagaan sewajarnya dari para pengunjung.

Friday, October 31, 2008

LALA DI KEDAI CD,VCD,DVD POLO CLUB SANDAKAN



Lala bersama pemilik kedai.

Kedai ni merupakan satu-satunya kedai menjual VCD,CD,DVD dan kaset keluaran artis2 Sabah.Istimewanya kedai ini ia akan memainkan lagu2 tempatan (Kadazandusun) sepanjang operasinya. Semua album artis tempatan boleh diperolehi di kedai ini. Tak caya? silala berkunjung ke kedai VCD Polo Club Sandakan.

Sunday, October 26, 2008

NANTIKAN KEMUNCULAN LALA DENGAN ALBUM 'AU NODI KOGULI'


Album ini mempunyai 10 buah lagu. Kesemua lagu dan irama adalah hasil nukilan sepenuhnya oleh Mr. Yaps P.G @ ocoi. Manakala susunan dan adunan muzik adalah hasil sentuhan komposer dan penyanyi terkenal kadazandusun masa kini yang terkenal dengan lagu 'Tulun Taparu' iaitu Mr. Benn S. Bukag. Kedua-dua individu istimewa ini juga turut menyumbangkan sebuah lagu dalam album ini. Nantikan kemunculan album ini pada Dis. 2008 ini. Ingat dapatkan yang ori demi kesihatan industri lagu dan muzik lagu-lagu etnik Sabah.

Lala Beraksi Di Layar Skrin Hijau


Lala harapkan album ini dapat diterima oleh para peminat lagu-lagu kadazandusun di seluruh Negeri Di Bawah Bayu ini. Lala juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pencipta lagu-lagu dalam album ini. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada Lala untuk membawa lagu-lagu yang cukup bererti itu.

Lala Beraksi

Lala beraksi di 'Green Screen'