YOU ARE INVITED TO SIGN IN

Followers

Saturday, February 28, 2009

IKLAN MINYAK WANGI

Lala tak tahu, tak ada idea langsung apa nak upload untuk update ini rumah. Da berhari-hari berlalu namun idea untuk ini tak sampai-sampai juga. Okey la..janji ada post, so Lala turunkanlah cerita mengarut ini sebagai santapan tak bermakna kepada rakan-rakan blogger yang sudi atau yang tersesat masuk ke ruangan Lala ini. Hehee..dengar ya..
Ada la konon ni seorang lelaki masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat lapan sebuah bangunan. Sampai di tingkat satu, masuk seorang gadis cun lalu menyembur minyak wangi ke tubuhnya. "Ini minyak mahal tau, jenama Beverly Hills, RM400 sebotol," katanya dengan sombong. Lelaki itu bengang giler. Apabila tiba tingkat tiga, masuk pula seorang mak datin, juga menyembur minyak wangi ke tubuhnya. "Minyak wangi Vecinza dari Itali berharga RM1000 sebotol tau, "kata datin yang angkuh. Sampai di tingkat lapan, pintu lif terbuka dan si lelaki tadi bersedia untuk keluar dari lif. "Prooootttt!!! sebelum keluar lelaki itu sempat mengeluarkan 'gas aslinya' dalam lif. "Telur rebus kedai mamak, tak mahal cuma lima puluh sen sebiji ja...." kata lelaki tu selamba sambil meninggalkan kedua-dua perempuan yang mula muntah di dalam lif.
Hehe.. cerita ini, rekaan semata-matalah Lala rasa, tak ada kaitan antara yang hidup dan mati..ataupun kepada mereka suka makan telur...hehehe..
Mungkin kita boleh juga ceduk sedikit pengajaran dari cerita-cerita beginikan? Misalnya.., kita tidak perlu menunjuk-nunjuk tentang apa yang kita ada kerana sebenarnya orang lain mempunyai lebih daripada apa yang kita ada. Dan dari semua itu.. tidak semua orang suka dengan apa yang kita ada dan pertontonkan kepada orang lain.

Saturday, February 21, 2009

ALBUM LALA DI PEJABAT PERTISA

Hai, rakan- rakan blogger semua, Album lala kini sudah berada di Pusat Persatuan Artis-Artis Tempatan Sabah (PERTISA) di bangunan Muzium Sabah. Album yang ada mark biru atau merah itulah album Lala. Rakan-rakan yang berkesempatan berkunjung ke pusat itu boleh mendapatkannya di sana.


Sorryla, nampaknya sejak akhir-akhir ini Lala asyik promote Album diri sendiri aja... Yala, kalau tak promote diri sendiri siapa lagikan? Yala, mungkin album Lala ini bukanlah baik sangat pun, itu Lala akui kerana tak semua orang suka kita dan apa yang kita buat, apa lagi ini merupakan pengalaman pertama Lala. Itu Hakikat hidupla tu. Apapun Lala tak akan merintih kerana semua itu. Bagi Lala ini adalah sejarah, bukan Sejarah Malaysia, bukan juga sejarah negara. Tapi bagi Lala segala sesuatu yang kita lakukan adalah sejarah. Sejarah dalam diari hidup seseorang. Sejarah itu pula tidak semestinya yang manis-manis aja kan? Setiap waktu, gambar dan peristiwa adalah sejarah ba kan?

Anda juga boleh berhubung terus dengan Mr.bro. Badadang (Bendahari Kehormat PERTISA)

Melalui alamat,tel. atau melayari web beliau. Muzium Sabah, Pejabat Pusat Persatuan Artis-Artis Tempatan Sabah (PERTISA) Ground Floor, Jabatan Muzium Sabah, Jalan Muzium 88300 Kota Kinabalu.

BMSD http://badadang.blogspot.com/ atau E.Mail di badadng@yahoo.com. Tel- 019-8405442


Bro. Badadang juga menyediakan perkhidmatan seperti; Music Arranger, Graphic and Sticker Design,Live Band dalam apa juga perayaan dan banyak lagi.

Friday, February 20, 2009

LIRIK LAGU


AUH NODI KOGULI

Id timpu-timpu osongulunan diti,
Pomusarahan gumuli kawagu,
Iso kinantakan di nakatalib,
Di auh nodi koguli-guli..

Id timpu-timpu osongulunan diti,
Rumulan romou mato tumuru,
Kosorou nakatalib di pogulu,
Di auh nodi koguli-guli…

Korus:
Timpu nakatalib,
Auh nodi koguli poh,
Miagal sahap-sahap,
Norulun luyung tolinayad..

Id timpu-timpu osongulunan diti,
Karati oku do langadon oku,
Iso kinantakan di nakatalib,
Di auh nodi koguli-guli….


Rotion/Sinding: Ocoi Y
Sininding Di: Laura Perimus @Lala
Sk. Langkabong Telupid 2007

Saturday, February 7, 2009

ALBUM 'AUH NODI KOGULI' - Laura Perimus @ LALA

Album 'Auh Nodi Koguli' Laura Perimus @ Lala.

Nah.. siap sudah d saya punya album. Album ini hanya menunggu masa untuk diedar oleh pihak Studio (SMS). Rakan-rakan blogger yang dikasihi silalah dapatkannya nanti ya. Sekarang ini pihak studio hanya menunggu stiker Perakuan B. Walau bagaimanapun sesiapa yang berhasrat untuk mendapatkannya pada waktu terdekat ini boleh juga mendapatkannya terus dari SMS Studio di Pekan Kota Belud Sabah @ Dari mereka yang terlibat secara langsung (Insan di Sebalik Tabir)dalam pengeluaran lagu-lagu dan album Lala ini, (Mr. Dungkin@ Rozes Kissi - SK. Wangkod Tamparuli, Tel-0198530121 atau Ocoi The Kreative Fingers Studio-Sandakan, http://iaps-ocoi.blogspot.com/,
Tel:0138912137,0145723854.
Lala harap para pendengar dan penggemar lagu-lagu tempatan khasnya Kadazandusun di negeri ini dapatlah hendaknya terima album Lala ini seadanya. Yang pasti setiap sesuatu perkara itu ada sahaja cacat celanya. Dalam album pertama Lala inipun Lala sedar dan menginsafi terlalu banyak kelemahan dan kekurangannya berbanding dengan mereka yang sudah lama berkecimpung dalam arena muzik dan seni suara.
Jika ada sedikit kebaikan @ kelebihan, ia tidaklah
lebih dari satu kesyukuran yang tak terungkap. Andai terlalu banyak kecacatan dan kelemahan sehingga tidak boleh diterima oleh para pendengar dan rakan, berilah petunjuk dan panduan untuk Lala jadikan pepelan memperbaiki diri pada masa-masa akan datang. Segala tunjuk ajar dan komen membina dari semua pihak amat Lala harapkan.

Tuesday, February 3, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU

Mohd Sharifuddin bin Mohamad dan
Habsah binti Othman




Majlis perkahwinan mereka telah diadakan pada 24.01.2009 yang lalu. Kedua mempelai ni belum sempat berbulan madu. Menurut cikgu Mohd Sharifuddin, mereka akan berbulan madu pada cuti bulan Mac ni, sempena cuti sekolah...